Pulau Tawar
Borang Maklumat Keturunan Salasilah Pulau Tawar
Monday, April 21, 2014
Pertempuran Terakhir Pahlawan Pahang
Sunday, November 13, 2011
Tulisan Arab yang Sering Dipakai Sehari-hari
Tulisan Arab yang Sering Dipakai Sehari-hari
Bismillahhirrahmanirrahim:
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
–
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
–
Wa ‘alaikum salam wa rahmatullah wabarakatuh:
وَعَلَيْكُمْا لسَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
–
Wassalamu’alaikum wa rahmatullah wabarakatuh:
وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
–
Amien ya rabbal ‘alamin:
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
–
Takbir:
الله أَكْبَر
–
Takbir lebaran:
Allahu akbar, Allahu akbar, laa ila hailallahu wallahu akbar, allahu akbar walillah ilham
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
–
Alhamdulillahirabbil ‘alamin:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
–
Taqabalallahu minna wa minkum shiyamana wa siyamakum, kullu amien wa antum bi khair
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ كُلُّ عَامٍ وَ أَنْتُمْ بِخَيْرٍ
–
Taqabalallahu minna wa minkum shiyamana wa shiyamakum wa ja’alna minal ‘aidin wal faizin
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ وَجْعَلْنَا مِنَ الْعَائِدِين وَالْفَائِزِين
– Innalillahi wa inna ilaihi raji’un:
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
–
Insya Allah:
إِن شَاء اللَّهُ
–
Astaghfirullah:
اسْتَغْفِرِ اللّهَ
–
Ayat Al Quran Perintah untuk berpuasa di bulan ramadhan (Al Baqarah 183)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
[2:183] Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasasebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
–
Marhaban ya ramadhan:
مَرْحَبًا يَا رَمَضَانَ
–
SAW (Shallallahu ‘alaihi wa salam):
صلى الله عليه وسلم
–
Halal:
حَلاَلً
–
Haram:
حَرَمً
–
Kalimat tawakal: laa haula wa laa quwwata illa billah
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
–
Masya Allah:
مَاشَآءَاللّهُ
–
Laa ila ha illallah:
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ
–
Subhanallah:
سُبْحَانَ اللّهُ
–
Taqaballahu minna wa minkum:
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ
–
Taqaball ya karim:
تَقَبَّلْ يَا كَرِيْمُ
–
Wa iyyakum:
وَ اِيَّكُمْ
–
Kalimat ta’awudz :
A’udzubillahi minas syaitonirrajim
أَعُوْذُ بِا للّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
–
Doa untuk pengantin:
Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a baynakuma fi khair
بَارَكَ اللّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرِ
–
Kayfa haluk? (Apa kabar?)
كَيْفَ حَالُكَ؟
–
Alhamdulillah bi khair
الْحَمْدُ لِلّهِ بِخَيْر
–
Afwan jiddan
عَفْوً جِدًّا
–
Jazakumullah:
جَزَاكُمُ اللّهُ
–
Jazakallah (untuk laki-laki):
جَزَاكَ اللّهُ
–
Jazakillah (untuk perempuan):
جَزَاكِ اللّهُ
–
Thursday, October 20, 2011
Surat Belia Pulau Tawar Untuk Dr Shukri dan Tengku Lan
Wakil Kome Kat DUN dan Parlimen
PERKARA : KOME NAK PADANG BOLA
Wednesday, September 28, 2011
Hari Ini Dalam Sejarah Pulau Tawar
10 Julai 1891 - HN.Ridney - Pengarah Taman Botanic Singapore , W. Davidson - Kurator Museum Raffles Singapore , Leftenan H.J Kelsall , Penolong Penyelidik telah singah di Pulau Tawar dalam misi pendaki dan penyilidikan di Gunung Tahan . Expedisi ini gagal untuk sampai di kemuncak.
Jun/July 1891 - Pulau Tawar mengalami musim panas yang panjang dan melampau yang menyebabkan sungai Pahang agak kering dan tohor . Bot-bot besar dari Kuala tidak mampu untuk mudik ketika ini .
19 Ogos 1891 - Rombongan expedisi ke Gunung Tahan telah singgah di Pulau Tawar dalam perjalanan balik ke Singapura . Di Pulau tawar mereka telah menemui specis tumbuhan baru (Pada merekalah tapi orang pulau tawar dah lama bergelumang dengan pokok ini ) iaitu nama saintifiknya Protamomum iaitu dari keluarga Scitaminece yang agak hamper kepada keluarag Zingiberacece. Di Pulau Tawar mereka telah melawat Gua Kota Gelanggi bagi memburu species mamalia yang berada dalam gua ini seperti Rhinosciurus Tupaoides dan sepcies tupai Hystrix Longicauda
1-24 October 1891 - Dua kali Mesyuarat Exco Pahang telah diadakan dalam bulan ini Pulau Tawar yang di pengerusikan oleh Sultan Pahang dan dihadiri oleh Pemangku Residen British
22 December 1891 - Penganugerah Gelaran Tugku Besar kepada Tengku Mahkota iaitu Tengku Mahmud . Hugh Cliffrord dan semua Orang Orang Besar dan Penghulu hadir di majlis tersebut yang berlangsung di istana Pulau Tawar. (Istiadat ini berlanbgsung dipercayai berlangsung diantara 12 hingga 20 December 1891)
26 April 1892 - Sultan Pahang dan dan anaknya Tengku Ali tiba di Pulau Tawar dari Lipis .
27 April 1892 - Orang Kayah Lipis dan Tok Raja Jellai menghadap Sultan di Pulau Tawar
30 April 1892 - Sultan menuju ke Temerloh dari Pulau Tawar
21 July 1892 - Resident British Mr Rodger dari pecan mengadap Sultan Pahang di Istana Pulau Tawar sebelum ke Kuala Cheka kembali semula ke Pulau Tawar pada 24 July 1982.
23 July 1892 - Mat Kilau dan pasukan polis British yang diketuai oleh Mr Duff dan Mr Rodger telah bertempur di sekitar Sungai Mela
28 July 1892 (atau 2 August 1892) Sultan Pahang bersama dengan Tengku Mahkota Tengku iaitu Tengku Mahmud berangkat meninggalkan istana Pulau Tawar untuk bersemayam semula di Pekan .
29 July 1892 - Menurut CheGado iaitu salah seorang Pegawai Sultan seramai hamper 20 orang polis Sikh dari Perak telah dihantar ke Pulau Tawar untuk mengawal istana Sultan di Pulau Tawar .( tetapi Sikh Sikh ini dihantar untuk memberi tekanan kepada Sultan supaya segera berpindah ke Pekan semula dari Pulau Tawar).
9 August 1892 - Dipercayai Mat Kilau telah meninggalkan mukim ceka dan mudik ke hulu tembeling . Colonel Walker , Mr Clifford , Inspector Fieming bersama Mr Duff dan bersama sejumlah askar Sikh yang besar berada di Kuala Tembeling mengejar Mat Kilau .
30 September 1892 - Inspector Sumner in Pulau Tawar
18 April 1893 - Bot Ethel singgah di Pulau Tawar bagi menurunkan penumpang beberpa hari kerna Ethel terpaksa kembali ke Kuala Lipis bagi mengambil emas milik Hugh Clifford yang tertinggal di Lipis.
11 October 1893 - Mr Wood daripada Jabatan Kerja Raya telah berangkat ke Pulau Tawar bagi memantau pembinaan sistem pengairan di Paya Kangsa bagi menjadikan Paya Kangsa sebuah kawasan penghasilan padi terbesar di Pahang. Kerjaan Pahang juga telah merancang untuk menjual benih padi yang baru dan bermutu kepada pesawah.
June 1894 - Dipercayai Tok Gajah berada di kampong Kedhodong Pulau Tawar selepas kembali semula ke Pahang dan menyerang balai polis di Kuala Tembeling
18 January 1895 - Sebuah sekolah telah dibina oleh Imam Prang Indera Sira Raja (Panglima Garang Usut). bangunan sekolah ini hanyalah seperti rumah melayu biasa tetapi memenuhi keperluan sebuah sekolah.Dengan siapnya sekolah ini maka Sekolah melayu Kuala Lipis telah ditutup dan Guru Besarnya telah ditukarkan ke Pulau Tawar memandangkan di Pulau Tawar mempunyai lebih ramai murid berbanding dengan Kuala Lipis.
April 1895 - Parlimen Garang Yusof yang rapat dengan tentera british telah membuat kubu/benteng di Pulau Tawar bagi menanti kemungkinan Tok Gajah kembali menyerang Pulau Tawar
December 1895 . mata wang Britis mula digunakan di Pulau Tawar.
10 June 1897 - Hanya terdapat 3 buah sekolah melayu dipahang iaitu Pekan yang dihadiri oleh 40 org murid dan di Temerloh dan Pulau Tawar yang bilangan pelajar amat mendukacitakan .
January 1898 - Banjir besar telah melanda Pulau Tawar dan memusnahkan kawasan tanaman padi yang menjejaskan kehidupan penduduk . Bagi menghadapi keadaan ini british telah mencadnagkan supaya tanaman jagung india ditanam segera selepas banjir bagi bagi menampung kekurangan makanan.
18 Januari 1903 - Muhamad Amin iaitu menantu kepada Orang kaya Lipis telah dibicara atas tuduhkan pecah amanah apabila tidak meyerahkan wang sebanyak $37 yang dikirimkan oleh Mr Bishop kepada Ketua Kampong bernama Mukim Long di Pulau Tawar. Beliau telah didenda sebanyak $100 oleh mahkamah
12 February 1903 - Mr Mrs Owen and Dr Lucy spend holiday in Pulau Tawar
18 April 1903 Mr Bishop iaitu Penolong Pegawai Daerah Lipis turun ke Pulau tawar bagi mengutip cukai Tanah.
31st July 1903 - Imam Prang Indera Stia Raja (Member of State Council)
22 Okotber 1903 - Dato Imam Prang Indera Stia Raja Pulau Tawar menghadiran mesyuarat Exco di Kuala Lipis yang dipengerusikan oleh Residen British . Matawang Baru Pahang telah diluluskan dalam mesyuarat ini untuk digunakan diseluruh negeri Pahang.
April 1 1908 - Sekolah melayu Pulau Tawar musnah dijilat api . Keseluruhan bangunan sekolah dan rumah guru telah musnah dalam kejadian ini. Punca kebakaran tidak diketahui.. Menurut seorang guru dia terjaga sekitar jam 4 pagi and mendapati bumbung telah terbakar . Kesemua peralatan dalam bangunan musnah.
17 April 1912 - Imam Prang Indera Stia
Panglima Kakap Husin (Penghulu)
1912 - Kerja-kerja survey laluan keretapi pantai timur telah bermula. Pulau Tawar tidak termasuk dalam laluan ini.
30 June 1922 - Pembinaan empangan Salan dan tali air ke Paya Kangsa sedang berjalan.
26 Disember 1926 - Banjir besar melanda Pulau Tawar . Banjir ini telah memusnahkan taliair yang menghubungkan empangan salan ke paya kangsa.
1928-1929 Pembaikan taliair dilaksanakan
8-9 January 1928 Hugh Clifford melawat pulau tawar
22 Disember 1931 - Pulau Tawar dilanda banjir . Banjir kali ini adalah yang terbesar selepas banjir besar tahun 1926 . Banjir ini 44% lebih rendah berbanding banjir tahun 1926 . Hujan yang turun tanpa henti sejak 10 disember telah menyebabkan air sungai Pahang naik ke tempat tempat rendah.
1931 - Setelah 6 tahun siapnya jalan keretapi yang menghubungkan Gemas hingga ke Kuala Lipis iaitu pada tahun 1925 , fungsi Pulau Tawar sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi di Pahang mula secara perlahan-lahan beralih ke Jerantut . Ditambah pula dengan siapnya secara keseluruhan jalan kereta api ke Tumpat pada tahun ini .
30 Nov 1933 - Mr Ong Cheng Jim J.P iaitu kontraktor yang membina skim pengairan pulau tawar pada tahun 1922 telah menigga dunia.
1948 - 3 orang kampung Pulau Tawar telah berkongsi niaga bagi memulakan perkhidmaan bas pertama di Pulau Tawar ke Jerantut. En Rahman En Mubin dan En Jaafar
16 Jun 1949 Penghulu Pulau Tawar Inchi kamaludin telah ditembak mati di rumahnya . Pihak polis British menuduh Wan Ali yang membunuhnya . Walaubagaimana pun terdapat saksi yang berada ditempat kejadian (kini telah meninggal dunia) memaklumkan bahawa pembunuh sebenar bukan Wan Ali.
8 August 1949 - Wan Ali telah dibunuh oleh pasukan pengawal kampung yang pro polis British ( Ada dua pendapat . Pendapat pertama mengatakan Wan Ali adalah pejuang kemerdekaan dan satu lagi pendapat mengatakan Wan Ali adalah penganas komunis) . Anda bagaimana ? Salah seorang pengawal kampung yang berjaya membunuh Wan Ali dipercayai masih hidup dan kini menetap di Bentong)
1951 Beberapa jentera pam air telah dipasang di Pulau Tawar
1958 Gaji guru Sekolah Melayu Pulau Tawar adalah sebanyak RM5 sejam.
Februari 1959 Empat buah jentera pam air telah dipasang berharga RM160,000 bagi membekalkan air ke sawah di Paya Kangsa. Pam ini dipasang bagi mengantikan jentera lama yang rosak akibat banjir beberapa tahun yang lepas .Secara keseluruhan projek ini termasuk tali air menelan belanja sebanyak RM850,000 dan kos penyelengaraan tahunan sebanyak Rm36,000. Sistem ini berupaya membekalkan air sebanyak 900 gelen sesaat bagi mengairi kawasan tanaman seluas 650 ekar dari keluasan keseluruhan sebanyak 800 ekar.
1960 Percubaan menanam padi jenis baharu dari jenis Taiwan telah dimulakan di Pulau Tawar . Sebanyak 1013 gantang benih padi telah dibekalkan tetapi malang tidak mendapat kejayaan. mengunakan benih lama hasil seekar boleh mencapai 600 gantang . Penggunaan benih baru ini mensasarkan 800 gantang seekar . Tetapi malang nya usaha ini gagal petani hanya mendapat hasil sebanyak 80 gantang sahaja dan terpaksa selama setahun membeli beras . Usaha ini tidak berjaya kemungkinan disebabkan tanah paya tidak sesuai dengan benih baru yang memerlukan tanah dibajak dan dibaja dengan baik .
Mac 1961 Pengagihan tanah getah (New Planting Sceme)di Kota Gelanggi (288 ekar) dan Tekam (288 ekar) kepada penduduk mukim Pulau Tawar.
12 Jun 1961 Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Ahmad telah merasmikan Pam Air Paya Kangsa yang mula beroperasi sejak awal tahun 1959.
6 Jun 2962 Percubaa kedua menanam padi jenis baharu di Pulau Tawar . Ini adalah padi dua kali setahun setahun kerana sistem pengairan yang telah baik.
18 Disember 1961 Tun Razak melawat Pulau Tawar dan merasmikan klinik desa dan melawat kemajuan projek jalan berturap di Pulau Tawar yang menghubungkan kampung Pulau Tawar sepanjang 5 batu ke Jalan Jerantut /Maran yang sudah hampir 80% siap.
1963 Pihak MARA memulakan perkhidmatan bas ulang alik antara Pulau Tawar dan Jerantut . Ini telah menjimatkan masa perjalanan ke Jerantut yang selama ini menggunakan perkhidmatan motobot.
15 Jun 1964 Penduduk Pulau Tawar menghantar memorandum kepada Menteri Besar Pahang supaya menghidupkan semula sistem tali air Empangan Salan yang telah dibina pada tahun 1924 bagi meningkatkan kualiti pengairan di Paya Kangsa . Berikut adalah jawapan kepada memorandum tersebut :
1.Air yang diperlukan sangat banyak dan air dari Sungai Salan tidak mampu mengairi semua kawasan di Paya Kangsa kerana paras air sungai salan tidak tetap , terutama pada musim kemarau . dan terpaksa melalui terusan sepanjang 8km untuk ke Paya Kangsa
2. Belanja untuk membina semula empangan salan menelan belanja RM400,000.
3. Dari segi ekonomik tanah yang sesuai untuk tanaman padi hanya 800 ekar dari jumlah 1800 ekar tanah Paya Kangsa
30 Jun 1966 Perayaan maulud nabi diaadakan secara besar-besar melibatkan 5 buah kampung di Pulau Tawar
Mac 1968 Kerajaan Negeri Pahang mengambil alih sekolah agama rakyat iaitu Sekolah Arab Al Daudiyah dan menukar nama kepada Sekolah Menengah Rendah Ugama Pulau Tawar dan ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Negeri Pahang.
Ogos 1968 Partai Rakyat Malaya mengadakan rapat umum di Balai Raya Pulau Tawar . Dalam rapat umum ini saudara Zulkifli Ismail iaitu Pemangku Ketua I Partai Rakyat Malaya bahagian Pahang. Kehadiran anak muda agak ramai dalam rapat umum ini .
Januari 1970 Sekolah Menengah Ugama Pulau Tawar siap dibina.
17 Julai 1970 Pembinaa asrama Sekolah Menengah Ugama Pulau Tawar sedang berjalan.
6 Januari 1971 Paras air bah mencapai paras tertinggi iaitu 180.4 kaki iaitu bawah sedikit dari paras tertinggi tahun 1926 iaitu 188.7 kaki (ukuran di Feri)
Jan 1974 Sekolah Kebangasaan Pulau Tawar dibuka di Kampung Perpindahan Banjir Bukit Rang.
28 Mac 1974 Sekolah Menengah Ugama Pulau Tawar di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak